Jiran Mati Tumpang Teksi


Good morning people... nak seminggu jugak blog bersawang.. HAHA.. tade mood nak update + busy sikit laa weyhh... okay pape pon sekarang ini nak share cerite hantu-hantu.. Hantu laa sangat haha
Jom sesame bace taw taw... xnak bace?? ade aku kesah? X pon haha.. kbai


Hari sudah lewat petang. Jalan masuk ke kampung Kayu Hitam akan gelap gelita di sebabkan sebahagian lampu jalan tidak berfungsi. Bagi penduduk di situ, mereka seakan sudah terbiasa dengan keadaan yang sedemikian rupa.

Bagi Azman pemandu teksi yang tinggal di kampung berkenaan, mahu ataupun tidak dia terpaksa juga mengharungi jalan yang gelapuntuk pulang ke rumahnya. Pulang jam satu atau dua pagi sudah perkara biasa bagi dirinya.

Azman sudah berkira-kira dua tiga minggu lagi diamungkin perlu balik lebih awal kerana isterinya bakal melahirkan anak sulung mereka. Kata orang tua, jika ada anak kecil di rumah tidak elok pulang lewat malam takut-takut ada 'penumpang' yang tidak diundang.

Mendengar nasihat ibu mentuanya, Azman hanya tersenyum. Dalam hatinya terdetik kebenaran kata-kata ibu mentuanya itu. Tetapi jika ada bayaran yang lumayan Azman tidak boleh menolak. Dia juga harus mencari pendapatan yang lebih untuk bayi dan isterinya. Lagipun apa yang hendak ditakutkan kerana itulah laluan yang dia lalu sejak dari dahulu. Menambahkan keyakinannya, selama ini dia tidak pernah di ganggu pun.

Pagi itu seawal jam 6.30 pagi lagi Azman sudah keluar. Hari ini ada tempahan teksi untuk ke Kuala Lumpur. Dia sudah berpesan kepada ibu mertuanya agar malam ini menemani isterinya kerana dia pulang agak lambat.

Selepas menghantar pelanggannya ke tempat yang di tuju, Azman berpuas hati dengan bayaran yang diterimanya. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia bercadang untuk solat Isyak, makan malam di gerai berhampiran masjid dan terus balik ke rumahnya.

Namun apabila Azman menghidupkan enjin teksinya, entah bagaimana keretanya buat hal pula. Jenuh dia menghidupkan enjin tetapi tetap tidak berhasil. Kariah di masjid berdekatan datang menolong. Selepas ditukar bateri dengan senang enjin kereta Azman kembali berfungsi.

Jam menunjukkan 10 malam. Mungkin jika hampir 12 tengah malam baru dia sampai di kampungnya. mengingati nasihat ibu mentuanya, Azman membatalkan niatnya untuk memandu pulang. Dia meminta izin untuk bermalam di masjid berhampiran sahaja. Disebabkan Azman bermusafir. Kariah di situ membenarkan Azman bermalam di situ.

Tapi semasa masuk ke dalam masjid ketika membasuh kakinya dia terpandang seorang anak muda yang memang di kenalinya.

Zul, kau dari mana? Kau nak balik ke kampung ke? soal Azman.
Aku tertinggal bas. Aku nak balik kampung jumpa mak aku. Aku kena juga balik malam ini. Balas Zulkifle dengan nada suaranya berbeza sedikit. Terasa sayu dan sedih.

Disebabkan ada kawan, Azman mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Dia mengajak Zulkifle pulang bersamanya. sepanjang perjalanan Zulkifle hanya terdiam sahaja. Tidak banyak yang di bualkan. Jika berbual pun Zulkifle asyik bercakap soal penyesalan atas apa yang di lakukan. Tetapi Azman tidak tahu apa yang telah Zulkifle lakukan.

Tiba-tiba Zulkifle bersuara.

Man, aku hendak tidurlah. Penat sangat. Nanti dah sampai kampung kau kejutkan aku ya, beritahu Zulkifle. Azman hanya menggangukkan kepala.
Azman tidak berfikir panjang. Dia terus memandu. Terasa hilang sedikit ketakutannya.

Sampai di simpang menuju ke rumah Zulkifle, Azman mengejutkannya. Zulkifle terus keluar dari kereta tanpa menoleh ke arah Azman dan mengucapkan terima kasih.

Azman terus memandu pulang ke rumahnya. Sebaik tiba di rumahnya, ibu mertua dan isterinya masih belum tidur.

Mereka lantas memberitahu bahawa Zulkifle sudah meninggal akibat bunuh diri. Dia terkedu dan terduduk di kerusi. Semua kejadian yang menimpanya tadi di ceritakan kepada ibu mertua dan isterinya.

Keesokan pagi Azman ke rumah Zulkifle dan di beritahu, jenazah Zulkifle sudah dikebumikan. Dia membunuh diri akibat tekanan perasaan. Dia tertekan kerana tidak mampu mengubati dirinya yang ketagihan dadah.

Sememangnya itu bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk Zulkifle. Sebagai orang Islam kita harus letakkan agama di hadapan dalam apa jua kepurusan yang ingin di lakukan. Semoga roh Zulkifle mendapat rahmat-Nya.


sumber: Majalah Wanita Edisi Ogos 

4 00000 comments:

dayah SnoW Heuka said...

pulakk.. :| scary mak tau huhu na buat acane roh dia ta tenang la kan?? nsb baik ta kco hehe

Ruyi Issabelle said...

hahah... em, kalau bunuh diri roh mesti ta tenang kan.. jalan singkat

Unknown said...

Seram sejuk sy baca. lol dah la tengah malam suda ni

Unknown said...

seram sejuk sy.. lol betul oh

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah