10 Ungkapan Cari Masalah






Walau ia hanya sebaris ayat namun ada kalanya mampu memusnahkan sebuah perhubungan. Bagi kaum lelaki yang selalu dikaitkan dengan 'kurang perasaan' berhati-hatilah dalam menuturkan kata-kata. Selain itu 10 ayat di bawah ini jangan sesekali diungkap pada pasangan. Ia akan meracun perhubungan anda.

1. "Kakak/abang awak ni entah apa-apa."
Jika dalam proses mengenal hati budi, jangan sesekali bercakap buruk tentang ahli keluarga pasangan anda. Jika tidak buruk padahnya kerana si dia mungkin berfikir anda mungkin akan berbuat perkara yang sama terhadap dirinya kelak. Walaupun memang kakak atau abangnya ada kekuranganatau pernah membuat masalah, jangan utara terus kepadanya. Kecuali anda memang mahu mencari gaduh dengan si dia, dipersilakanlah gunakan ungkapan ini jika ingin memulakan isu pergaduhan.

2. "Saya tak sukalah baju tu...".
Jika anda keluar bersama, jangan sesekali memberi komen apa-apa yang negatif mengenai pakaian pasangan walaupun sudah ditanya. Biarkan kawan-kawan rapat si dia sahaja yang mengulas mengenai pakaiannya. Melainkan jika dia berpakaian terlalu terdedah atau menampakkan dirinya hodoh, barulah anda boleh memberi komen tetapi dengan cara yang berlapik. cara yang paling baik untuk mengatasi perkara ini adalah dengan memujinya jika dia memakai pakaian kegemaran anda.

3. "Tak payah la nak emo.."
Sudah menjadi kebiasaan jika wanita beremosi. Tetapi ketika mereka dalam keadaan emosi, dan anda mengungkapkan ayat sedemikian, si dia serta-merta akan berasa kecil hati kerana anda telah mempersendakan dirinya. Ini kerana, ada sebabnya kenapa wanita beremosi. Sebaiknya, gunalah ungkapan yang lebih baik daripada itu.

4. "Perangai awak macam mak awak jugak"
Kaum wanita bukanlah tidak bangga menjadi anak mak tapi kalau anda mengungkapkan sedemikian, si dia mungkin akan salah dan memikirkan bahawa anda ingin mengatakan dia sudah tua atau seorang tidak 'cool' melainkan jika ibunya sangat cantik atau 'sporting'. Secara ringkasnya, elakkan penggunaan ayat tersebut dan janganlah sama sekali membandingkan dirinya dengan ibu kerana dia belum tentu suka.

5. "Saya takde mood lah"
Bila anda mengungkapkan ayat ini, si dia akan merasakan ungkapan ini ada kaitan dengan dirinya walapun pada hakikatnya bukan begitu. Si dia mungkin akan berfikir sedalamnya apa lagi yang boleh menyebabkan anda berasa bosan selain daripada dirinya. Dia tidak mungkin akan berfikir anda mempunyai masalah lain kerana bagi dirinya, setiap kali anda tidak mempunyai 'mood', semestinya ada kaitan dengan dirinya. Jadi elakkan daripada menyebut ayat ini dan adalah lebih baik jika anda berdiam diri.

6. "I tak cukup bagus untuk you"
Bagi orang lelaki, merendah diri ini adalah cara yang menyedihkan dan juga melemaskan. Dengan menggunakan ungkapan sedemikian, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka di lihat oleh kaum wanita. Lagipun, adakah dia berasa 'bodoh' kerana memilih anda? Gunakanlah taktik lain yang lebih menyenangkannya.

7. "Cuba tengok perempuan tu..."
Jangan sesekali anda meminta merujuk atau melihat perempuan lain atas alasan apa pun kerana si dia tidak suka. Jika anda membandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah si dia sahaja wanita paling anda kagumi.

8. "Teman wanita saya dulu..."
Ungkapan ini adalah ayat pantang yang dielakkan sama sekali daripada disebut pada teman wanita anda. Jika anda menggunakan ungkapan ini, anda mungkin akan menghadapi masalah besar yang tidak mungkin dimaafkan oleh teman wanita anda. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik dengan pertengkaran akan terbuka luas. Jangan terkejut jika anda akan mendengar ayat-ayat seperti "you dah tak sayang I lagi", "you lebih suka bekas teman wanita you", dan lain-lain lagi.

9. "I tak suka dengan kawan-kawan you"
Perhubungan anda dengan rakan-rakan si dia memang tidak 'ngam' tapi jangan sesuka hati terus-terang anda memberitahu si dia bahawa yang anda tidak suka dengan rakan-rakannya. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan rakan-rakan dia yang mungkin lebih 'hot' daripada teman wanita anda, jangan sesekali menyebut bahawa anda tidak suka pada rakan-rakannya secara terus kerana anda mungkin akan bergaduh besar dengan dirinya

10. "Kalau awak sayangkan saya, awak akan buat apa yang saya suruh"
Fahami sebaiknya, apa maksud 'kalau dia sayangkan aku'. Jadi, kalau dia tidak melakukan apa yang disuruh, ini bermakna dia tak sayanglah? Wanita mungkin nampak lembut atau lemah tetapi tidaklah dungu. Jika ingin meminta tolong, katakan terus terang. Menggunakan ungkapan sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah, adalah suatu perkara yang cukup menyedihkan.


1 00000 comments:

unsecretostory said...

nice sharing . its true :)

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah