Khasiat Tomato Terhadap Kesihatan




Tomato merupakan tanaman paling mudah di jumpai. Warnanya yang cerah sangat menarik. Selain kaya akan vitamin C dan A, tomato kononnya dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Sekiranya ditelusuri sejarahnya, tomato atau lyopercisum esculentum pada mulanya di temui disekitar Peru, Ecuador dan Bolivia. Di Perancis, tomato dinamakan 'epal cinta' atau pomme d'amour. Hal ini kerana, tomato dipercayai mampu memulihkan lemah syahwat dan meningkatkan jumlah sperma serta menambahkan ketangkasan gerakannya.

Tomato juga banyak digunakan dalam masakan seperti sup, jus, pasta dan lain-lain. Rasanya yang sedikit masam akan menyebabkan selera makan meningkat. Lebih hebat lagi, tomato dipercayai dapat mengubati diarea, serangan hempedu, gangguan pencernaan dan memulihkan fungsi hati. Selain itu, gel berwarna kuning yang menutupi biji tomato dapt mencegah penggumpulan dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Melihat khasiat tomato yang sangat banyak maka tomato sememangnya sangat baik diambil oleh sesiapapun sejak usia muda. Bahkan, tomato juga sangat kaya dengan kandungan vitamin C dan vitamin A yang berkhasiat untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Namun, tomato yang bagaimana baik untuk di ambil? Seperti yang kita ketahui, terdapat dua warna tomato iaitu hijau dan merah. Perbezaan warna ini menunjukkan perbezaan kandungan vitaminnya. Tomato yang paling baik diambil ialah tomato merah. Hal ini kerana, tomato merah mengandungi vitamin C dan vitamin A lima kali lebih banyak berbanding hijau.


Sumber : Majalah Wanita Edisi Sept


0 00000 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah