Novel : Buat Yang Tersayang



Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira 'wajib' berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah 'ditalak'. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk 'berlakon' sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa di sedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancur luluhkan perasaan Syira.

Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.

P/s Novel ni best sebenarnya... cuma aku jee yang tak reti nak menghayati cerita dia... lepas almost 5months beli baru aku baca.. memang terbaik laa.. peace.


With Love : Julia Justine

1 00000 comments:

Jaja Sutera said...

salam..hai.. :) Jaja dah follow awak.. ^_^
jom follow Jaja balik..
Jaja nk jemput awak join GIVEAWAY dari Jaja..
click sini..

http://jajasutera.blogspot.com/2012/09/giveaway-from-sept-to-nov-by-jaja-sutera.html

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah