SEGMEN : BLOGWALKING SAMBIL FOLLOW 1 MALAYSIA



hi korang... 
Jom kita join segmen... 
Boleh tambah follower
Tambah kawan
Tambah pengalaman...

Nak join? 
Apa kata korang rajinkan diri untuk 
click dekat banner tuu...
dalam tu ad Term & condition..
so korang itu jee step tuu taw taw

Follower :121 
Asal : Sabah 
Current : Ampang, Kuala Lumpur
Okbai..!

Lembaga Putih Di Puncak Gunung



Masih segar di ingatanku peristiwa yang berlaku ketika mengikuti sebuah perkemahan sekolah tujuh tahun lalu. Tiba di kawasan perkemahan aku sudah mula mencurigai sesuatu. Sememangnya aku di lahirkan dengan deria keenam sehingga mudah merasai kehadiran makhluk halus di sekelilingku. Aku bersyukur dengan anugerah tersebut.

Kawasan yang kami terokai itu adalah salah satu kawasan pergunungan yang terletak di daerah Sik, Kedah. Persekitaran sekeliling agak menyeramkan. Melihat kawasan yang agak terpencil dan di kelilingi kawasan hutan menimbulkan rasa kurang enak dalam hatiku. Sahabatku, Sariah juga berkongsi perasaan yang sama.

Tidak mahu perasaan takut menguasai diri, aku hanya berdoa dan berserah kepada Allah. lagipun pada waktu itu aku datang bulan dan sudah semestinya aku mengharapkan perlindungan dari-Nya.

Malam itu, kami diarahkan tidur di dalam khemah yang sudah tersedia. Suasana malam begitu menenangkan. Aku dan teman-teman yang lain diberi peluang berehat setelah menempuh perjalanan yang jauh. Kami masing-masing mengambil peluang mandi di sungai yang terletak berhadapan dengan khemah kami.

Sedang asyik mandi, aku tersedar waktu itu sudah hampir senja. Guru-guru yang terlibat sedang asyik menyiapkan hidangan makan malam untuk peserta perkhemahan. Tiba-tiba aku terasa seperti sedang diperhatikan. Sewaktu aku menoleh ke belakang, terlihat kelibat seorang perempuan memakai baju putih dengan rambut yang panjang mencecah ke tanah.

Tidak semena-mena aku berdebar dan berasa tidak senang hati. Aku hanya mampu membaca ayat-ayat al-Quran yang aku ingat sebagai pelindung diri. ketika makan, aku lebih banyak mendiamkan diri sahaja. Perubahanku disedari teman baikku.

Keesokan harinya aku dan teman yang lain menjalani aktiviti mendaki gunung dengan di temani pemandu arah yang telah ditugaskan. Masing-masing bersemangat, termasuklah aku. Sebelum bermula, pelbagai nasihat dan petua diberikan sebagai langkah keselamatan sepanjang aktiviti mendaki. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergerak mengikut ketua kumpulan yang dilantik.

Perjalanan kami ke puncak gunung agak mencabar kerana tanah yang licin akibat hujan pada malam sebelumnya. Alhamdulillah kumpulanku selamat tiba di puncak sementara ada beberapa kumpulan lain yang masih dalam perjalanan lagi. Sambil menanti rakan yang lain, kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan di atas gunung.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan suara perempuan yang nyaring dari bawah. Semakin lama semakin kuat, aku dan teman-temanku yang lain sudah mula panik. Tak lama kemudian, kami terdengar pula laungan azan, sedangkan ketika itu baru jam 12.00 tengah hari.

"Hus,Siti kena rasuk, dia nampak perempuan berambut putih," Sariah memberitahu aku.

"Habis tu siapa yang tolong dia?," tanyaku yang mula risau. Sememangnya sejak tiba lagi aku merasakan sesuatu yang kurang menyenangkan. Tambahan, sikap Siti yang tidak mendengar nasihat agar tidak membawa patungnya itu membuatku berasa geram. Aku pernah terdengar bahawa jin atau syaitan akan tumpang pada patung-patung yang mempunyai cukup sifatnya.

"Ada cikgu Zul dengan pak cik pemandu arah tu. Mereka dah bacakan ayat-ayat suci al-Quran tapi Siti melawan. Habis dicakarnya," ujar Sariah turut mulai risau. Suara siti masih kedengaran dari bawah, mengilai-ngilai dengan nyaring sehingga menakutkan kami. 

Terkenan penunggu gunung
Selepas hampir satu jam. kami diarahkan turun oleh cikgu. Siti pula akhirnya dibawa turun setelah berehat dan semakin kuat untuk meneruskan perjalanan. Aku dan Sariah menarik nafas sedikit lega.

Aktiviti perkhemahan akhirnya sampai ke penghujungnya. Masing-masing lega kerana dapat pulang dan seterusnya melupakan kejadian menyeramkan itu. Keadaan siti beransur pulih, namun sesekali dia masih meracau lagi. Ketua pelajar yang turut serta setia menemaninya di sisi tidak henti-henti membacakan ayat-ayat al-Quran di sampingnya. Siti mengikutku pulang ke rumah memandangkan ibu bapanya tiada di rumah.

Selang beberapa hari siti semakin pulih, cuma dia tidak boleh dibiarkan bersendirian kerana dia bimbang dirasuk kembali. Menurut ibunya, seorang ustaz yang mengubatinya memberitahu siti diganggu penunggu gunung yang ingin mendampingi siti dan menumpang di tubuhnya.

Dlam masa yang sama, setelah meneliti gambar-gambar yang diambil di puncak gunung aku terkejut melihat terdapat lembaga berambut panjang berdiri di sebelahku. Aku dinasihatkan agar membakar sahaja gambar tersebut supaya ia tidak menghantui fikiran kami. namun, ia menjadi kenangan menyeramkan dan sukar untuk kulupakan. 

Segmen: Be My Follower by Didiey




Selamat petang korang.. 
Anda bosan? 
Teringin buat sesuatu tak?
Tapi nak buat apa ya?
Kalau buat sesuatu yang boleh buat kita kenal ramai nak?
Nak letew tuu... ! 

Ok diam. Banyak cakap pulak kan...
alrite Sya nak join segmen ag.... 
terjumpa link dekat fanpage TBA tadi
Segmen ni Cik Didiey punya 

Nak join tak? nak tak?
Apa kata korang rajinkan diri anda untuk 
tekan-tekan banner tuu...
then korang ikot laa syarat-syarat dalam tu... 
okay dak? kbye

Jumlah Follower : 121 *ciput jee
Target Follower? Sebanyak mungkin

Selamat bersegmen korang :)

Okbai...! 

Hot and Super Giveaway by Fatimah Azzarah


Selamat tengahari bloggers.. 
Hari ni nak join GA dari Fatimah Azzarah

Kalau korang nak join jugak...
sila lah rajinkan diri anda untuk tekan-tekan banner tuu..

Korang ikut jee syarat-syarat dalam tu okay.. 

Mangsa Tag


ID Blog : Ruyi Issabelle


Selamat Bersegmen Korang :)

Khasiat Tomato Terhadap Kesihatan




Tomato merupakan tanaman paling mudah di jumpai. Warnanya yang cerah sangat menarik. Selain kaya akan vitamin C dan A, tomato kononnya dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Sekiranya ditelusuri sejarahnya, tomato atau lyopercisum esculentum pada mulanya di temui disekitar Peru, Ecuador dan Bolivia. Di Perancis, tomato dinamakan 'epal cinta' atau pomme d'amour. Hal ini kerana, tomato dipercayai mampu memulihkan lemah syahwat dan meningkatkan jumlah sperma serta menambahkan ketangkasan gerakannya.

Tomato juga banyak digunakan dalam masakan seperti sup, jus, pasta dan lain-lain. Rasanya yang sedikit masam akan menyebabkan selera makan meningkat. Lebih hebat lagi, tomato dipercayai dapat mengubati diarea, serangan hempedu, gangguan pencernaan dan memulihkan fungsi hati. Selain itu, gel berwarna kuning yang menutupi biji tomato dapt mencegah penggumpulan dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Melihat khasiat tomato yang sangat banyak maka tomato sememangnya sangat baik diambil oleh sesiapapun sejak usia muda. Bahkan, tomato juga sangat kaya dengan kandungan vitamin C dan vitamin A yang berkhasiat untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Namun, tomato yang bagaimana baik untuk di ambil? Seperti yang kita ketahui, terdapat dua warna tomato iaitu hijau dan merah. Perbezaan warna ini menunjukkan perbezaan kandungan vitaminnya. Tomato yang paling baik diambil ialah tomato merah. Hal ini kerana, tomato merah mengandungi vitamin C dan vitamin A lima kali lebih banyak berbanding hijau.


Sumber : Majalah Wanita Edisi Sept


13 Virus Terkejam Dunia !



Pembinasa ! Bukanlah secara luaran namun ia merosakkan dalaman. Begitulah perihal virus dan kesan yang dibawakannya. Cukup popular sebagai ancaman digital di seluruh dunia, jom kita imbas 13 serangan cyber yang pernah di rekodkan.

1. Morris
Seorang mahasiswa dari Cornell University bernama Robert T.  Morris telah mencipta worm yang di panggil Morris pada tahun 1988. Pada asalnya ia dicipta bagi tujuan mengukur saiz sebenar internet. Worm ini telah melumpuhkan 1/10 pengguna internet walaupun pada ketika itu pengguna adalah seramai 60,000.

2. Nimda
Merupakan perkataan admin yang terbalik. Nimda memerlukan 22 minit untuk tersebar dengan menggunakan beberapa medium unik seperti mencipta e-mel sendiri, menarik pengguna atau memanfaatkan virus yang tersedia ada. Ia menyebabkan kerugian sebanyak USD635 juta pada tahun 2001.

3. Melissa
mampu memaksa Microsoft, intel Corp dan Alcatel Lucent untuk menutup gateway e-mel mereka ekoranlalu lintas besar yang di sebabkan pada tahun 1999. melissa dicipta oleh David L. Smith sempena nama seorang penari Florida yang disukainya.

4. LoveLetter
Telah menyebabkan kerugian sebanyak USD5.5 juta kerana sistem e-mel pelbagai syarikat dan negara perlu dimatikan untuk menghilangkan worm ini. Worm Loveletter bermula pada 4 mei 2000 di Filipina, namun tersebar ke seluruh dunia melalui e-mel hanya dalam sehari.

5. Code Red
Popular sekitar tahun 2001, code red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web Server dengan mengeksploitasi buffer overflow. Meskipun Patch berjaya dibuat selepas sebulan tetapi worm code red telah menyebabkan kerugian sebanyak USD2.6 juta dan gangguan kepada akses Internet.

6. The Klez
Berupaya menghalang program anti-virus dan menyebabkan komputer tidak boleh beroperasi. The Klez muncul tahun 2001 melalui penyebaran e-mel yang teraplikasi lantas dihantarke  keseluruhan address book. 

7. SQL Slammers
Bertindak aktif pada 25 Januari 2003, ancaman berbentuk worm ini menggunakankelemahan buffer overflow dalam produk database MSDE (Microsoft Desktop Engine) dan Microsoft SQL Server. SQL Slammer di anggar menjangkiti 150,000 hingga 200,000 sistem lantas melambatkan seluruh internet.

8. Ms Blasterrey
Dikatakan berasal dari China, namun Ms Blaster dicipta oleh Jeffrey Lee Parson yang berusia 18 tahun. Sekitar Ogos 2003, Ms Blaster tersebar melalui Windows OS lalu memberi kesan kepada Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, Balai Kota Philadelphia dan ribuan syarikat.

9. My Doom
Rangkaian e-mel yang berisi worm ini dikesan buat pertama kali pada 26 januari 2004. My Doom dimuatkan sebagai amaran bagi lampiran yang sekali gus menjangkiti sistem apabila ia dibuka. Worm ini kemudiannya melancarkan serangan DoS terhadap Microsoft dan The SCO Group Inc.

10. Sasser
Pada 30 April 2004, Delta Air Lines Inc terpaksa membatalkan 40 penerbangan selain rangkaian kereta api di Australia tertunda akibat operator gagal berkomunikasi kesan daripada serangan sasser. Hukuman 21 bulan telah di jatuhkan kepada penciptanya iaitu seorang remaja Jerman yang bermasalah.

11. Witty
Worm specific pertama menyerang Software network-protection. Selain itu, ia juga berupaya menyerang ribuan alamat IP sertamenghapuskan sebahagian daripada cakera keras. Selepas tragedi 19 March 2004, pihak admin telah mengambil langkah untuk memperkuatkan pertahanan jaringan secara proaktif.

12. Strorm Worm
Muncul sekitar tahun 2006, ancaman ini tersebar melalui sebuah e-mel bertajuk "230 Dead As Storm Batters Europe". Storm Worm sebenarnya ialah sebuah program Trojan Horse yang di guna oleh para penggodam untuk spam mail melalui internet.

13. Leap-A / Oompa-A
Mac dengan sistem security through obscurity ternyata tidak terlepas daripada ancaman digital. Tahun 2006 dikejutkan dengan serangan Leap-A atau Oompa-A yang menjangkiti iChat lantas mengakibatkan ribuan fail rosak hasil penghantaran ke seluruh address book.


p/s Retype again from Majalah Remaja

Mega Giveaway By Cik Fie , Anisah N Aiman


Good morning people.....
tak ada ape sangat nak post sebenarnya..
just nak share / buat entry pasal GA 
dah lama dah join GA ni tapi baru sekarang nak buad entry.. haha
okay diam. 


GA ni ada term and condition if korang berminat nak join...
nak tau? rajin2 laa klik banner tu okay..

Nak ajak semua follower join GA ni..

Expire date : 10 Oct 2012


Kubur Terbakar Balasan Anak Derhaka.



Sejak berpindah ke bandar, Erman tidak pernah sekali pun balik menjenguk ibunya yang tinggal seorang diri di rumah pusaka peninggalan arwah bapanya. Kecil hati orang tua itu bila Erman bersikap sedemikian. Setiap kali anak-anak jiran balik ke rumah ibu bapa mereka, pasti Ramlah akan teringatkan anaknya itu.

Dia tahu Erman melarikan diri dari kampung sebab berkecil hati atas tindakannya tidak mahu menjual tanah miliknya. Erman yang berhasrat berniaga mahu menjadikan hasil jualan tanah pusaka itu sebagai modal.

Ramlah tidak pernah marah kepada anaknya tapi rasa kecil hati Erman itu amat membara. Setiap kali menelefon, Erman tidak menjawab panggilannya. Puas adik-beradik lain menasihatkan Erman untuk pulang menjenguk ibu mereka, tetapi ada sahaja alasan yang diberikan.

Akhirnya tanpa ditemani anak-anak lain, Ramlah mengambil keputusan untuk mencari Erman di rumah sewanya. Terkejut Erman dengan kehadiran ibunya itu. Disebabkan marah, Erman tidak menghiraukan ibunya. Dia juga tidak menjemput ibunya masuk ke rumah.

Berjam-jam Ramlah duduk di luar rumah Erman. Tetapi tetap tidak dihiraukannya. Ramlah akhirnya berputus asa. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Apabila melihatkan ibunya balik, Erman rasa puas hati.

Selepas peristiwa tersebut, Ramlah cuba menghubungi Erman lagi. Disebabkan rindu pada Erman, ibunya datang sekali lagi ke rumah Erman. Tetapi seperti sebelum ini, Erman tetap tidak menghiraukan ibunya itu.

Disebabkan marah, tanpa sebarang perasaan kasihan, Erman memaki ibunya di hadapan jiran-jirannya. Sedih hati Ramlah di perlakukan sedemikian. Bersama duka, dia pulang ke kampung.

Kesan daripada peristiwa itu, Ramlah mula jatuh sakit. Setiap hari dia pasti akan memanggil nama Erman. Adik-beradik lain memberitahu keadaan ibu mereka kepada Erman tetapi dia tidak peduli. Erman tetap rasa sakit hati pada ibunya.

Sikap Erman terhadap ibunya memang tidak boleh di terima. Walaupun ramai menasihatinya untuk pulang ke kampung dan meminta maaf pada ibunya, namun tidak diendahkannya hinggalah ibu yang sakit itu meninggal dunia.

Erman kemudian tetap dengan kehidupannya. Dia langsung tidak pulang untuk menghadiri pengebumian ibunya. Hinggalah satu ketika hatinya terdetik untuk pulang ke kampung tapi bukan untuk menziarahi kubur ibunya sebaliknya untuk menuntut hak pusaka.

Dalam perjalanan pulang, Erman mengalami kecelakaan, kereta yang dipandu bertembung dengan treler hingga menyebabkan dia maut. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan di kampungnya.

Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa, sikap derhaka diperlihatkan balasannya sewaktu jenazah Erman mahu dikebumikan Mungkin kerana mahu memberi pengajaran pada hamba-Nya yang lain.

Jenazahnya terpaksa di bengkokkan apabila mahu dimasukkan ke dalam liang lahad, berikutan kubur yang sudah diluaskan tidak juga dapat memuatkan jenazah. Tidak berakhir di situ, menjelang tengah malam kuburnya terbakar secara tiba-tiba.

Orang kampung yang tinggal berhampiran kawasan perkuburan yang menyedari keadaan tersebut bertindak memanggil pihak bomba kerana agak sukar untuk memadamkan api tersebut.

Selama hampir setengah jam barulah api tersebut dapat dipadam. Apa yang peliknya, api tersebut tidak pula merebak ke kubur lain, hanya kubur Erman. Perkara ini mengundang rasa musykil di hati orang kampung. Namun bagi adik-beradik Erman mereka dapat meneka mengapa perkara sebegini berlaku. Mungkin inilah pembalasan buat anak yang menderhaka pada ibunya. 


Sumber : Majalah Wanita Edisi September  



Novel : Buat Yang Tersayang



Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira 'wajib' berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah 'ditalak'. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk 'berlakon' sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa di sedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancur luluhkan perasaan Syira.

Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.

P/s Novel ni best sebenarnya... cuma aku jee yang tak reti nak menghayati cerita dia... lepas almost 5months beli baru aku baca.. memang terbaik laa.. peace.


With Love : Julia Justine

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah