Kerana Terpaksa Aku Relakan



Salam bloggers... lama sangat dah blog tak berhapdet ni..busy sikit r sekarang, banyak benda kena buat
buat apakah itu? nanti-nanti laa Sya story kat korang okay... sekarang ini..... nampak tak pic novel kat atas tu... pasai ni r Sya nak cerita kat korang... Sya dah lama sangat cari novel ni lepas TERbaca dekat Penulisan2U.my tapi dah pusing banyak kedai buku still tak jumpa2. Frust gila masa tuu.. STOP. STOP. Berhenti bercakap, Jom sesama baca synopsis cerita ni.... 

Kerana Terpaksa Aku Relakan - Umie Nadzimah

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyanyanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato' Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

"Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?" - Tajul Razin 

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa...

"Errr... Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?" - Indah 
Halina

"Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup abang. Tak sama ke angan-angan kita?" - Tajul Razin 


p/s : Novel ni best.. Sya ad beberapa koleksi novel yang asalnya Sya baca dari laman web P2U, seriously cerita Terbaek punya... kalau x suka ya.... ada aku kesah? xda okay.. kbye


With Love : Julia Hanna





 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah