Drama : Gong Palace Lock Heart - Season 1


Hi korang.. aku membesar dengan drama-drama chinese segala bagai ni... dulu masa kecil-kecil asal cerita chines zaman dahulu kala main harus duduk depan tv... favourite tuu, tapi aku bukan macam orang lain... main redah sahaja kalau tengok sesuatu drama.. aku jenis memilih kut! kalau cerita chinese alaf 21 ni aku tak minat laa... macam tak ada nilai bagi aku... which means aku memang tak suka tengok.. okey semua sumber ni aku mintak kat atuk google.. mintak? ada meh kau mintak? pepandai jee



List Of Cast :

Servant

Yang Mi as Luo Qing Chuan / Guo Luo Luo / Hua Ying 
Tong Li Ya as Nian Su Yan 
Wilson Guo as Xiao Shun Zi 
Lv Jia Rong as Fei Cui 
Liu Jia Yuan as Xin Lian 
Yuan Shan Shan as Ru Bing 
Lv Yi as Yin Shuang 
Ye Si Miao as Jin Mo Mo 

The Imperial Man

Feng Shao Feng as Yin Si (8th prince) 
Mickey He as Yin Zhen (4th prince) 
Ken Tong as Xuan Ye (Emperor Kang Xi) 
Zhong Feng Yan as Yin Reng (Crown Prince) 
Ma Wen Long as Yin Tang (9th prince) 
Liu Bin as Yin'e (10th prince) 
Tian Zhen Wei as Yin Xiang (13th prince) 
Mao Zi Jun as Yin Ti (14th prince) 

The Imperial Women
Liu Xue Hua as Consort De 
Sonija Kwok as Concubine Xi
Maggie Siu as Consort Liang 
Xu Qi Wen as Jin Zhi 
Zhang Tong as Princess Bing Yue
He Yan Ni as Xue Ru (Crown Prince's consort)

Synopsis 
Luo Qing Chuan is a modern day girl with a love of history who accidentally travels back in time to Emperor Kang Xi's era of the Qing dynasty. She becomes embroiled in the princes' struggle for the throne and is torn between her love for Yin Si, the eighth prince and Yin Zhen, the fourth prince and future Emperor Yheng. Caught in the crossfire of political intrigue, her wit and historical knowledge serves her well in her bid to stay alive as she begins to realize that true history is much darker and uglier than books portray.
I 
Okey I nak share pic sikit.. semua pic ni adalah antara favourite scene and cast I for this drama... 



 

Bagi aku cerita ni memang terbaek laaa.... so kalau korang nak tahu best ke takk.... sendiri experience laa okeh... kbai.


With Love: Julia Justine


10 Ungkapan Cari Masalah






Walau ia hanya sebaris ayat namun ada kalanya mampu memusnahkan sebuah perhubungan. Bagi kaum lelaki yang selalu dikaitkan dengan 'kurang perasaan' berhati-hatilah dalam menuturkan kata-kata. Selain itu 10 ayat di bawah ini jangan sesekali diungkap pada pasangan. Ia akan meracun perhubungan anda.

1. "Kakak/abang awak ni entah apa-apa."
Jika dalam proses mengenal hati budi, jangan sesekali bercakap buruk tentang ahli keluarga pasangan anda. Jika tidak buruk padahnya kerana si dia mungkin berfikir anda mungkin akan berbuat perkara yang sama terhadap dirinya kelak. Walaupun memang kakak atau abangnya ada kekuranganatau pernah membuat masalah, jangan utara terus kepadanya. Kecuali anda memang mahu mencari gaduh dengan si dia, dipersilakanlah gunakan ungkapan ini jika ingin memulakan isu pergaduhan.

2. "Saya tak sukalah baju tu...".
Jika anda keluar bersama, jangan sesekali memberi komen apa-apa yang negatif mengenai pakaian pasangan walaupun sudah ditanya. Biarkan kawan-kawan rapat si dia sahaja yang mengulas mengenai pakaiannya. Melainkan jika dia berpakaian terlalu terdedah atau menampakkan dirinya hodoh, barulah anda boleh memberi komen tetapi dengan cara yang berlapik. cara yang paling baik untuk mengatasi perkara ini adalah dengan memujinya jika dia memakai pakaian kegemaran anda.

3. "Tak payah la nak emo.."
Sudah menjadi kebiasaan jika wanita beremosi. Tetapi ketika mereka dalam keadaan emosi, dan anda mengungkapkan ayat sedemikian, si dia serta-merta akan berasa kecil hati kerana anda telah mempersendakan dirinya. Ini kerana, ada sebabnya kenapa wanita beremosi. Sebaiknya, gunalah ungkapan yang lebih baik daripada itu.

4. "Perangai awak macam mak awak jugak"
Kaum wanita bukanlah tidak bangga menjadi anak mak tapi kalau anda mengungkapkan sedemikian, si dia mungkin akan salah dan memikirkan bahawa anda ingin mengatakan dia sudah tua atau seorang tidak 'cool' melainkan jika ibunya sangat cantik atau 'sporting'. Secara ringkasnya, elakkan penggunaan ayat tersebut dan janganlah sama sekali membandingkan dirinya dengan ibu kerana dia belum tentu suka.

5. "Saya takde mood lah"
Bila anda mengungkapkan ayat ini, si dia akan merasakan ungkapan ini ada kaitan dengan dirinya walapun pada hakikatnya bukan begitu. Si dia mungkin akan berfikir sedalamnya apa lagi yang boleh menyebabkan anda berasa bosan selain daripada dirinya. Dia tidak mungkin akan berfikir anda mempunyai masalah lain kerana bagi dirinya, setiap kali anda tidak mempunyai 'mood', semestinya ada kaitan dengan dirinya. Jadi elakkan daripada menyebut ayat ini dan adalah lebih baik jika anda berdiam diri.

6. "I tak cukup bagus untuk you"
Bagi orang lelaki, merendah diri ini adalah cara yang menyedihkan dan juga melemaskan. Dengan menggunakan ungkapan sedemikian, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka di lihat oleh kaum wanita. Lagipun, adakah dia berasa 'bodoh' kerana memilih anda? Gunakanlah taktik lain yang lebih menyenangkannya.

7. "Cuba tengok perempuan tu..."
Jangan sesekali anda meminta merujuk atau melihat perempuan lain atas alasan apa pun kerana si dia tidak suka. Jika anda membandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah si dia sahaja wanita paling anda kagumi.

8. "Teman wanita saya dulu..."
Ungkapan ini adalah ayat pantang yang dielakkan sama sekali daripada disebut pada teman wanita anda. Jika anda menggunakan ungkapan ini, anda mungkin akan menghadapi masalah besar yang tidak mungkin dimaafkan oleh teman wanita anda. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik dengan pertengkaran akan terbuka luas. Jangan terkejut jika anda akan mendengar ayat-ayat seperti "you dah tak sayang I lagi", "you lebih suka bekas teman wanita you", dan lain-lain lagi.

9. "I tak suka dengan kawan-kawan you"
Perhubungan anda dengan rakan-rakan si dia memang tidak 'ngam' tapi jangan sesuka hati terus-terang anda memberitahu si dia bahawa yang anda tidak suka dengan rakan-rakannya. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan rakan-rakan dia yang mungkin lebih 'hot' daripada teman wanita anda, jangan sesekali menyebut bahawa anda tidak suka pada rakan-rakannya secara terus kerana anda mungkin akan bergaduh besar dengan dirinya

10. "Kalau awak sayangkan saya, awak akan buat apa yang saya suruh"
Fahami sebaiknya, apa maksud 'kalau dia sayangkan aku'. Jadi, kalau dia tidak melakukan apa yang disuruh, ini bermakna dia tak sayanglah? Wanita mungkin nampak lembut atau lemah tetapi tidaklah dungu. Jika ingin meminta tolong, katakan terus terang. Menggunakan ungkapan sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah, adalah suatu perkara yang cukup menyedihkan.


"Segmen : Blogwalking August by Jaja Sutera"


Hi korang... 
seminggu jugak blog x berupdate.. 
busy sikit ah.. banyak kerja nak kena settle..

Okay sini nak share sikit.. hari itu sya kena 
Invite tok join segmen ni dari tuan punya blog sendiri..
firstly teringin gila nak join, 
tapi sebab banyak kerja so  tangguh dulu..
Ingatkan dah ta boleh join, so semalam 
Ringan jee mulut sya tanya kak Jaja pasal segmen nii
ne tau dah x valid kan.. so harus tanya!

Bila dapat green light.. kemain seronok.. 
hehe... 


Click banner to join
Jom Kita meriahkan... hehe




Tag to :

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah