Pembinasa ! Bukanlah secara luaran namun ia merosakkan dalaman. Begitulah perihal virus dan kesan yang dibawakannya. Cukup popular sebagai ancaman digital di seluruh dunia, jom kita imbas 13 serangan cyber yang pernah di rekodkan.
1.
Morris
Seorang mahasiswa dari Cornell University bernama Robert T. Morris telah mencipta
worm yang di panggil Morris pada tahun 1988. Pada asalnya ia dicipta bagi tujuan mengukur saiz sebenar internet.
Worm ini telah melumpuhkan 1/10 pengguna internet walaupun pada ketika itu pengguna adalah seramai 60,000.
2.
Nimda
Merupakan perkataan
admin yang terbalik. Nimda memerlukan 22 minit untuk tersebar dengan menggunakan beberapa medium unik seperti mencipta e-mel sendiri, menarik pengguna atau memanfaatkan virus yang tersedia ada. Ia menyebabkan kerugian sebanyak USD635 juta pada tahun 2001.
3.
Melissa
mampu memaksa Microsoft, intel Corp dan Alcatel Lucent untuk menutup
gateway e-mel mereka ekoranlalu lintas besar yang di sebabkan pada tahun 1999. melissa dicipta oleh David L. Smith sempena nama seorang penari Florida yang disukainya.
4.
LoveLetter
Telah menyebabkan kerugian sebanyak USD5.5 juta kerana sistem e-mel pelbagai syarikat dan negara perlu dimatikan untuk menghilangkan
worm ini.
Worm Loveletter bermula pada 4 mei 2000 di Filipina, namun tersebar ke seluruh dunia melalui e-mel hanya dalam sehari.
5.
Code Red
Popular sekitar tahun 2001, code red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web Server dengan mengeksploitasi
buffer overflow. Meskipun
Patch berjaya dibuat selepas sebulan tetapi
worm code red telah menyebabkan kerugian sebanyak USD2.6 juta dan gangguan kepada akses Internet.
6.
The Klez
Berupaya menghalang program anti-virus dan menyebabkan komputer tidak boleh beroperasi. The Klez muncul tahun 2001 melalui penyebaran e-mel yang teraplikasi lantas dihantarke keseluruhan
address book.
7.
SQL Slammers
Bertindak aktif pada 25 Januari 2003, ancaman berbentuk
worm ini menggunakankelemahan
buffer overflow dalam produk
database MSDE (Microsoft Desktop Engine) dan Microsoft SQL Server. SQL Slammer di anggar menjangkiti 150,000 hingga 200,000 sistem lantas melambatkan seluruh internet.
8.
Ms Blasterrey
Dikatakan berasal dari China, namun Ms Blaster dicipta oleh Jeffrey Lee Parson yang berusia 18 tahun. Sekitar Ogos 2003, Ms Blaster tersebar melalui Windows OS lalu memberi kesan kepada Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, Balai Kota Philadelphia dan ribuan syarikat.
9.
My Doom
Rangkaian e-mel yang berisi
worm ini dikesan buat pertama kali pada 26 januari 2004. My Doom dimuatkan sebagai amaran bagi lampiran yang sekali gus menjangkiti sistem apabila ia dibuka.
Worm ini kemudiannya melancarkan serangan DoS terhadap Microsoft dan The SCO Group Inc.
10.
Sasser
Pada 30 April 2004, Delta Air Lines Inc terpaksa membatalkan 40 penerbangan selain rangkaian kereta api di Australia tertunda akibat operator gagal berkomunikasi kesan daripada serangan sasser. Hukuman 21 bulan telah di jatuhkan kepada penciptanya iaitu seorang remaja Jerman yang bermasalah.
11.
Witty
Worm specific pertama menyerang
Software network-protection. Selain itu, ia juga berupaya menyerang ribuan alamat IP sertamenghapuskan sebahagian daripada cakera keras. Selepas tragedi 19 March 2004, pihak
admin telah mengambil langkah untuk memperkuatkan pertahanan jaringan secara proaktif.
12.
Strorm Worm
Muncul sekitar tahun 2006, ancaman ini tersebar melalui sebuah e-mel bertajuk
"230 Dead As Storm Batters Europe". Storm Worm sebenarnya ialah sebuah program Trojan Horse yang di guna oleh para penggodam untuk
spam mail melalui internet.
13.
Leap-A / Oompa-A
Mac dengan sistem
security through obscurity ternyata tidak terlepas daripada ancaman digital. Tahun 2006 dikejutkan dengan serangan Leap-A atau Oompa-A yang menjangkiti iChat lantas mengakibatkan ribuan fail rosak hasil penghantaran ke seluruh
address book.
p/s
Retype again from Majalah Remaja
6 00000 comments:
wow..semua bahaya.. tetapi perasan ada yang dicipta oleh mahasiswa dan remaja.. oleh itu,remaja dan mahasiswa tidak dipandang serong..
ouhhh bru taw :D
nice info...
betul, remaja memainkan peranan yang penting sama ada baik or sebaliknya...
Kita pun baru taw... b4 taw virus jee tapi jenis2 virus xtaw.. hehe
Thanks for reading :)
Post a Comment