Jasad Mak Munah Kembali ke rumah




selamat petang bloggers sekalian.... 
korang sihat x hari ni? hope korang sihat-sihat je okay? sya demam :(
dah lame x post pasal cerita hantu-hantu ni... hantu laa sangat kan.. kahkah
korang suke bace x? pape pon x kesah laa kan...
sya suke sangat membaca.... 
melayu, english... cehh macam kau tu terrer sangat english kan sya?
sudah sudah... cukup merepek makan kerepek... 
jom baca sesama...


"Adi cuba kau lihat di hujung rumah mak munah sana... itu mak munah kan?" tanya Khaidir pelik.

"Kamu jangan nak merepek Dir, mak munah kan dah lama meninggal?" Adi cuba menepis kata-kata kawannya di tengah pekat malam itu.

"Betul Adi, aku nampak mak Munah tengah cuci kaki hendak naik ke rumah," pintas Khaidir bersungguh-sungguh.

Dahlah Dir jangan fikir yang bukan-bukan, aku hendak balik kerumah bini aku malam ni. Dah tiga malam aku tinggalkan dia sorang-sorang sebab jaga mak aku yang sakit tu," tegah Adi bila Khaidir seakan tidak mahu berhenti menerangkan apa yang telah terlihat oleh pandangannya.

Malam itu kedua-dua mereka berpisah di persimpangan jalan. Khaidir pelang ke rumah, manakala Adi balik ke rumah keluarganya yang tidak jauh dari rumah arwah Mak munah. 

Sememangnya Khadir seorang yang berani, Adi pun sama sepertinya, berani orangnya tapi Adi tidak mahu keberaniannya kelak memakan dirinya dan keluarga. Lainlah Khadir seorang lelaki bujang yang tidak berkeluarga. Adi bimbang kalau-kalau ada 'benda' yang bukan-bukan mengikutnya balik sampai kerumah. Sudahlah isterinya itu baru beeranak sulung. Pantang pun belum habis lagi. Baru masuk sebulan lebih usia bayi perempuannya itu. Bimbang benar hati Adi.

Dia tidak mahu nanti permata hatinya itu menangis di tengah-tengah malam. Lagipun kata Haji Musa anak-anak kecil terutamanya yang masih dalam hari boleh nampak makhluk halusyang orang dewasa tidak nampak. barangkali hati mereka masih lagi suci dan bersih sebab itulah mereka boleh memandang dengan mata hati. 

Sebelum naik ke rumah, Adi membaca selawat tiga kali, dia juga sempat membaca perlahan surah-surah lazim di sepanjang perjalanan pulang sebentar tadi. Barangkali hendak dijadikan ujian buat dirinya. Sebaik sahaja Adi melangkah masuk kedalam rumah, anak kecilnya itu terus sahaja menjerit sekuat hati.

"Abang tak baca salam ke masa naik ke rumah tadi?" Lina cuba mengawal keresahan hatinya.

"Dah macam-macam surah abang baca Lina, entahlah. kembung perut kot anak kita tu?" Adi mula mempersoal.

"Mananya kembung perut bang. Baru je kejap tadi saya cucikan berak dia. Tak mungkinlah dia sakit perut," terang Lina sambil mengendong anak kecilnya yang masih menangis tanpa henti.

Mulut anak kecilnya seakan mahu menyusu, tapi setiap kali mulutnya dilekatkan pada puting ibunya, dia menolak dan menangis. Sudahnya sampai ke pagi, Adi dan Lina tidak dapat tidur kerana bergilir mengendong anak kecilnya yang tidak mahu dibaringkan.

Keesokan hari barulah anak kecilnya itu dapat tidur dengan lena. Memandangkan si kecilnya itu kelihatan elok sahaja di siang hari, Lina dan Adi, sepakat tidak mahu membawa ke rumah Haji Musa. Hari itu, Adi tidak bercadang ke rumah ibunya. Di sana ada kakak sulungnya yang bergilir menjaga ibunya yang sakit.

Sememangnya dugaan yang menimpa Adi datang satu persatu. Namun Adi seorang yang kuat pegangan agama, dia tidak menyalahkan takdir malah  redha dengan setiap yang berlaku.

Menjelang senja, bayi Adi dan Lina meraung lagi. Kedua-duanya pasangan suami isteri itu kembali resah. Corak tangisannya bukan seperti bayi yang kembung perut. Akhirnya Lina meminta Adi membawa anaknya ke rumah Haji Musa.

"Bukan saya yang nampak tuan haji. Khaidir yang beria-ia minta saya pastikan yang dia nampak kelibat arwah Mak Munah dekat rumahnya yang usang itu. Saya pun ada nampak sebenarnya, tapi saya tak mahu teruskan perbualan cuma baca doa dalam hati banyak-banyak," luah Adi bila ditanya Haji Musa.

Sebenarnya bukan kamu, tapi anak kamu nampak sesuatu pada Lina. Sebab itulah dia tidak mahu menyusu ibunya. Kamu berdua banyak-banyaklah bersabar. Jangan bergaduh suami isteri kerana hal anak-anak ini. Insya-Allah, lenalah nanti anak kamu. Jangan lupa baca doa yang saya bekalkan ini ya," jelas Haji Musa sebelum kedua pasangan suami isteri itu meninggalkn rumahnya. Lina dan Adi mengucapkan terima kasih kepada Haji Musa langsung meninggalkan kediaman itu dengan penuh harapan agar anaknya dapat tidur lena pada malam itu dan malam-malam seterusnya.


p/s : Terima kasih baca, next week update citer lain pulak tpi of coz laa cerita hantu jugak.... jangan baca time dok sorang-sorang kat rumah dah di tengah malam, kalau penakut confirm tido x tutup lampu. HAH OKbai.

With Love: Julia Justine (sya)







0 00000 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah