Lembaga Putih Di Puncak Gunung



Masih segar di ingatanku peristiwa yang berlaku ketika mengikuti sebuah perkemahan sekolah tujuh tahun lalu. Tiba di kawasan perkemahan aku sudah mula mencurigai sesuatu. Sememangnya aku di lahirkan dengan deria keenam sehingga mudah merasai kehadiran makhluk halus di sekelilingku. Aku bersyukur dengan anugerah tersebut.

Kawasan yang kami terokai itu adalah salah satu kawasan pergunungan yang terletak di daerah Sik, Kedah. Persekitaran sekeliling agak menyeramkan. Melihat kawasan yang agak terpencil dan di kelilingi kawasan hutan menimbulkan rasa kurang enak dalam hatiku. Sahabatku, Sariah juga berkongsi perasaan yang sama.

Tidak mahu perasaan takut menguasai diri, aku hanya berdoa dan berserah kepada Allah. lagipun pada waktu itu aku datang bulan dan sudah semestinya aku mengharapkan perlindungan dari-Nya.

Malam itu, kami diarahkan tidur di dalam khemah yang sudah tersedia. Suasana malam begitu menenangkan. Aku dan teman-teman yang lain diberi peluang berehat setelah menempuh perjalanan yang jauh. Kami masing-masing mengambil peluang mandi di sungai yang terletak berhadapan dengan khemah kami.

Sedang asyik mandi, aku tersedar waktu itu sudah hampir senja. Guru-guru yang terlibat sedang asyik menyiapkan hidangan makan malam untuk peserta perkhemahan. Tiba-tiba aku terasa seperti sedang diperhatikan. Sewaktu aku menoleh ke belakang, terlihat kelibat seorang perempuan memakai baju putih dengan rambut yang panjang mencecah ke tanah.

Tidak semena-mena aku berdebar dan berasa tidak senang hati. Aku hanya mampu membaca ayat-ayat al-Quran yang aku ingat sebagai pelindung diri. ketika makan, aku lebih banyak mendiamkan diri sahaja. Perubahanku disedari teman baikku.

Keesokan harinya aku dan teman yang lain menjalani aktiviti mendaki gunung dengan di temani pemandu arah yang telah ditugaskan. Masing-masing bersemangat, termasuklah aku. Sebelum bermula, pelbagai nasihat dan petua diberikan sebagai langkah keselamatan sepanjang aktiviti mendaki. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergerak mengikut ketua kumpulan yang dilantik.

Perjalanan kami ke puncak gunung agak mencabar kerana tanah yang licin akibat hujan pada malam sebelumnya. Alhamdulillah kumpulanku selamat tiba di puncak sementara ada beberapa kumpulan lain yang masih dalam perjalanan lagi. Sambil menanti rakan yang lain, kami sempat mengambil gambar sebagai kenangan di atas gunung.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan suara perempuan yang nyaring dari bawah. Semakin lama semakin kuat, aku dan teman-temanku yang lain sudah mula panik. Tak lama kemudian, kami terdengar pula laungan azan, sedangkan ketika itu baru jam 12.00 tengah hari.

"Hus,Siti kena rasuk, dia nampak perempuan berambut putih," Sariah memberitahu aku.

"Habis tu siapa yang tolong dia?," tanyaku yang mula risau. Sememangnya sejak tiba lagi aku merasakan sesuatu yang kurang menyenangkan. Tambahan, sikap Siti yang tidak mendengar nasihat agar tidak membawa patungnya itu membuatku berasa geram. Aku pernah terdengar bahawa jin atau syaitan akan tumpang pada patung-patung yang mempunyai cukup sifatnya.

"Ada cikgu Zul dengan pak cik pemandu arah tu. Mereka dah bacakan ayat-ayat suci al-Quran tapi Siti melawan. Habis dicakarnya," ujar Sariah turut mulai risau. Suara siti masih kedengaran dari bawah, mengilai-ngilai dengan nyaring sehingga menakutkan kami. 

Terkenan penunggu gunung
Selepas hampir satu jam. kami diarahkan turun oleh cikgu. Siti pula akhirnya dibawa turun setelah berehat dan semakin kuat untuk meneruskan perjalanan. Aku dan Sariah menarik nafas sedikit lega.

Aktiviti perkhemahan akhirnya sampai ke penghujungnya. Masing-masing lega kerana dapat pulang dan seterusnya melupakan kejadian menyeramkan itu. Keadaan siti beransur pulih, namun sesekali dia masih meracau lagi. Ketua pelajar yang turut serta setia menemaninya di sisi tidak henti-henti membacakan ayat-ayat al-Quran di sampingnya. Siti mengikutku pulang ke rumah memandangkan ibu bapanya tiada di rumah.

Selang beberapa hari siti semakin pulih, cuma dia tidak boleh dibiarkan bersendirian kerana dia bimbang dirasuk kembali. Menurut ibunya, seorang ustaz yang mengubatinya memberitahu siti diganggu penunggu gunung yang ingin mendampingi siti dan menumpang di tubuhnya.

Dlam masa yang sama, setelah meneliti gambar-gambar yang diambil di puncak gunung aku terkejut melihat terdapat lembaga berambut panjang berdiri di sebelahku. Aku dinasihatkan agar membakar sahaja gambar tersebut supaya ia tidak menghantui fikiran kami. namun, ia menjadi kenangan menyeramkan dan sukar untuk kulupakan. 

6 00000 comments:

Adilla Shahirah said...

Serius? kalau ada perkhemahan dekat sik , takmao pi la. thanks for the informtion.

Ruyi Issabelle said...

Err.. awk, cerita ni saya copypes dari majalah.. tapi kawasan hutan kan memang banyak tempat keras.. chill oky :)

Unknown said...

Wah..seramnya.. :)

Unknown said...

seram meremang bulu roma aku

Cikrosecute said...

seramnya akak baca...

priyadarshini said...

Seram betul.. Takutnyer...

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah