Tutorial : Buat Header Transparent Guna Photoscape


Hai korang... amcam? mesti korang rasa letih saje kan...
panas + puasa 
tapi tu semua kan dugaan.. ye tak? 
hari ni Sya tetibe rase nak buad tuto pulak... 
tapi tade laa pro... biase je... 
tak bape sihat hari ni... 2 3 hari asyik ta sihat jee...
kena makan ubat banyak-banyak kut... hehe

okay... before tu memang skunk ni Sya ta bape update belog
tade mood laa... ade jee yang buad Sya saket hati 
ape laa na jadi... Sya sensitive sangat kut...
ok, kite buang jaoh-jaoh dulu problem tu...

Now sya na ajar sesape yg tak reti-reti guna photoshop...
senang jee benda ala ni... 
just kene r sabar banyak kalau ta menjadi kan... hehe

Nak buad header transparent guna photoscape
kalau photoshop lagi gempak an.. heh

firstly korang kena ada software
photoscape. tade? Download
Gimp. kalau tade jugak, Download

done kan?

Now bukak korangnye photoscape
klik untuk lebih jelas

After bukak mesti dekat home ade benda alah ni kan?
then korang klik editor.


korang buad new photo.. klik jee yang Sya buad kotak tuu... 
kekadang kotak tu kat atas taw... tpi Sya punye kat bawah 
so korang kene take note laa okay.. 


Mase dah tekan new photo tu mesti kua ni...
Width dengan height tu korang boleh jee tuka
ikot citarasa koarang jee...


Now korang g dekat object and insert r pape pic yang korang nak..


Tulis ape-ape jee yang korang nak.
satu lagi lagi baik kalau korang letak pic yg guna background putih jeee
so nanti senang jee na edit...
kalau banyak corak payah kot.. kalau dah siap save file tu


buka gimp > open file (header tadi) 

right click dekat pic tu > layer > transperancy > add alpha channel

lepas tu korang klik dekat pic korang.. 


nampak x... 
dekat lua tu ade garis an... macam kotak-kotak...

lepas tu right click > edit > cut

before tu click sini dulu... Klik Laju-laju




and finally jadi cm ni...

belum siap lagi....


Nak save file tu..
right click > file > export
kalau korang save macam biasa x manjadi... die jadi laen...


Tang nak save tu korang tekan dekat file type...
and pilih png image...


Lastly kotak cmni akan kua...
so yang lain korang untick jee

tinggal dua ni jee taw...
dah? okay skg tekan export.

tapi untuk buad korang nye header transparent...
kena tuka g simple template laa...

Okay.. selamat mencuba...














SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+


selamat petang korang....
Jom kita ramai-ramai join segmen....
xrugi dapat kenal ramai orang ni...
boleh eratkan hubungan + dapat ilmu + dapat kenai ramai kawan...
so apa dok tercegat lagi tuu....
Jom kita meriahkan... 

Photobucket

segmen ni di anjurkan oleh Cik Izzah

Jom kita perbanyakkan follower.. sampai 1000++

Nak Join click jee kat banner tu taw...

kejap-kejap...before tu KLIK SINI

Follower 10 (almaklum jelaa... blogger baru kan...)

ID Follower : Ruyi Issabelle

Tag to:
Sharone
Sofea
Nrlly
Cik RR

Expire Date
31 August 2012



Jasad Mak Munah Kembali ke rumah




selamat petang bloggers sekalian.... 
korang sihat x hari ni? hope korang sihat-sihat je okay? sya demam :(
dah lame x post pasal cerita hantu-hantu ni... hantu laa sangat kan.. kahkah
korang suke bace x? pape pon x kesah laa kan...
sya suke sangat membaca.... 
melayu, english... cehh macam kau tu terrer sangat english kan sya?
sudah sudah... cukup merepek makan kerepek... 
jom baca sesama...


"Adi cuba kau lihat di hujung rumah mak munah sana... itu mak munah kan?" tanya Khaidir pelik.

"Kamu jangan nak merepek Dir, mak munah kan dah lama meninggal?" Adi cuba menepis kata-kata kawannya di tengah pekat malam itu.

"Betul Adi, aku nampak mak Munah tengah cuci kaki hendak naik ke rumah," pintas Khaidir bersungguh-sungguh.

Dahlah Dir jangan fikir yang bukan-bukan, aku hendak balik kerumah bini aku malam ni. Dah tiga malam aku tinggalkan dia sorang-sorang sebab jaga mak aku yang sakit tu," tegah Adi bila Khaidir seakan tidak mahu berhenti menerangkan apa yang telah terlihat oleh pandangannya.

Malam itu kedua-dua mereka berpisah di persimpangan jalan. Khaidir pelang ke rumah, manakala Adi balik ke rumah keluarganya yang tidak jauh dari rumah arwah Mak munah. 

Sememangnya Khadir seorang yang berani, Adi pun sama sepertinya, berani orangnya tapi Adi tidak mahu keberaniannya kelak memakan dirinya dan keluarga. Lainlah Khadir seorang lelaki bujang yang tidak berkeluarga. Adi bimbang kalau-kalau ada 'benda' yang bukan-bukan mengikutnya balik sampai kerumah. Sudahlah isterinya itu baru beeranak sulung. Pantang pun belum habis lagi. Baru masuk sebulan lebih usia bayi perempuannya itu. Bimbang benar hati Adi.

Dia tidak mahu nanti permata hatinya itu menangis di tengah-tengah malam. Lagipun kata Haji Musa anak-anak kecil terutamanya yang masih dalam hari boleh nampak makhluk halusyang orang dewasa tidak nampak. barangkali hati mereka masih lagi suci dan bersih sebab itulah mereka boleh memandang dengan mata hati. 

Sebelum naik ke rumah, Adi membaca selawat tiga kali, dia juga sempat membaca perlahan surah-surah lazim di sepanjang perjalanan pulang sebentar tadi. Barangkali hendak dijadikan ujian buat dirinya. Sebaik sahaja Adi melangkah masuk kedalam rumah, anak kecilnya itu terus sahaja menjerit sekuat hati.

"Abang tak baca salam ke masa naik ke rumah tadi?" Lina cuba mengawal keresahan hatinya.

"Dah macam-macam surah abang baca Lina, entahlah. kembung perut kot anak kita tu?" Adi mula mempersoal.

"Mananya kembung perut bang. Baru je kejap tadi saya cucikan berak dia. Tak mungkinlah dia sakit perut," terang Lina sambil mengendong anak kecilnya yang masih menangis tanpa henti.

Mulut anak kecilnya seakan mahu menyusu, tapi setiap kali mulutnya dilekatkan pada puting ibunya, dia menolak dan menangis. Sudahnya sampai ke pagi, Adi dan Lina tidak dapat tidur kerana bergilir mengendong anak kecilnya yang tidak mahu dibaringkan.

Keesokan hari barulah anak kecilnya itu dapat tidur dengan lena. Memandangkan si kecilnya itu kelihatan elok sahaja di siang hari, Lina dan Adi, sepakat tidak mahu membawa ke rumah Haji Musa. Hari itu, Adi tidak bercadang ke rumah ibunya. Di sana ada kakak sulungnya yang bergilir menjaga ibunya yang sakit.

Sememangnya dugaan yang menimpa Adi datang satu persatu. Namun Adi seorang yang kuat pegangan agama, dia tidak menyalahkan takdir malah  redha dengan setiap yang berlaku.

Menjelang senja, bayi Adi dan Lina meraung lagi. Kedua-duanya pasangan suami isteri itu kembali resah. Corak tangisannya bukan seperti bayi yang kembung perut. Akhirnya Lina meminta Adi membawa anaknya ke rumah Haji Musa.

"Bukan saya yang nampak tuan haji. Khaidir yang beria-ia minta saya pastikan yang dia nampak kelibat arwah Mak Munah dekat rumahnya yang usang itu. Saya pun ada nampak sebenarnya, tapi saya tak mahu teruskan perbualan cuma baca doa dalam hati banyak-banyak," luah Adi bila ditanya Haji Musa.

Sebenarnya bukan kamu, tapi anak kamu nampak sesuatu pada Lina. Sebab itulah dia tidak mahu menyusu ibunya. Kamu berdua banyak-banyaklah bersabar. Jangan bergaduh suami isteri kerana hal anak-anak ini. Insya-Allah, lenalah nanti anak kamu. Jangan lupa baca doa yang saya bekalkan ini ya," jelas Haji Musa sebelum kedua pasangan suami isteri itu meninggalkn rumahnya. Lina dan Adi mengucapkan terima kasih kepada Haji Musa langsung meninggalkan kediaman itu dengan penuh harapan agar anaknya dapat tidur lena pada malam itu dan malam-malam seterusnya.


p/s : Terima kasih baca, next week update citer lain pulak tpi of coz laa cerita hantu jugak.... jangan baca time dok sorang-sorang kat rumah dah di tengah malam, kalau penakut confirm tido x tutup lampu. HAH OKbai.

With Love: Julia Justine (sya)







 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah