Cinta Akan Indah - Rini Syanira


Hi korang...  hari ni mendung tapi bahang tetap ada, so boleh di katakan panas jugak laa.. merepek jee aku ni.. tampa kang. dah dua hari bibir aku asyik kering jee, seriously dah minum air banyak gila tapi still kering juga... stress r macam ni... ececehhh stress laa sangat kan.. hahah, oleh kerana hari aku agak free siket so aku update r blog.. okay hari ni cekgu nak bagi sinopsis kat murid-murid sekalian.. berangan jee lebey kau ni Julia...  heheh

Bagi aku novel Cinta Akan Indah ni endingnya boleh tahan laaa tapi bab klimax tuu yang aku x puas hati. Berlatarbelakangkan Negeri Sabah Di bawah Bayu tapi aku x sure laa kalau penulis novel ni pun orang sabah juga. jom sesama baca.

Sinopsis


Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras tapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita Menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di University. Di sana, cintanya terhadap Irshad berputik. Malangnya Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya.

Irshad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irshad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah 'Lina'.

Review :


Bagi aku novel ni agak membosankan bagi aku jee... aku kan memilih bab2 buku nii seriously aku x enjoy baca buku ni... asyik melompat katak jee haha... tapi kalau korang nk tau detail2 tentang cerita ni apa kata korang baca buku ni... xde laa kang x puas hati aku cakap novel x best kan... x best pun aku beli jugak tau2....


Okbai

With Love: Julia Justine









1 00000 comments:

Rini Syanira said...

hi adik,
thanks sebab komen dan komplen novel akak, akak hargai pendapat adik. semoga kelemahan yang ada tu dapat akak perbetulkan.

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah