Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna


Hello there... semalam aku baru beli novel baru, opps bukan baru sebenarnya... aku jee yg beli lewat hehe... eh tak... 2 tahun dulu dah beli dah tapi ada laa orang tu pinjam tak reti nak pulang balik... buat aku hangen satu badan jee.... okey tak malas r nak marah-marah.... jom baca synopsis novel ni dulu..





Synopsis


Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Hazioah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz.... sepupunya.

Mampukan Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan masa lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...




0 00000 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah