Bisikan Wanita ganggu hidup Amran


Hello bloggers... 
sihat x hari ni?... hope korang sihat laa oky,..
dah lama x update pasal cerita-cerita seram ni kan...
xde modal jee sebenaq nye.. hewhew...
jom kita sama-sama baca entri kali ni... 



Asalnya Amran pemuda yang sihat walafiat, langsung tiada masalah dengan kesihatannya. Namun takdir Tuhan tiada yang dapat menduga, dia mengalami kemalangan yang mengakibatkan kecederaan teruk. Salah satu yang terjejas adalah pendengarannya.

Pada mulanya dia tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Namun apabila ditegur oleh ibunya  mengenai tindakannya yang sering kali mengabaikan panggilan ahli keluarga, Amran mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan pakar.

Melalui ujian pendengaran yang dilakukan, Amran disahkan mengalami masalah pendengaran. Mengetahui keputusan tersebut, Amran berasa kecewa. Walaupun begitu dia menerima ketentuan takdir. Kehidupannya mula berubah. Dunianya semakin sepi. Tiada lagi kicau burung yang dapat didengari, apatah lagi hiruk pikuk kota saban pagi.

Akibat kecacatan yang dialami, Amran diberi kata dua oleh majikannya. Dia disarankan meletakkan jawatan dan dia diberikan pampasan ataupun diserapkan pada bidang tugas berlainan yang sudah tentunya jauh daripaada kebolehannya.

Amran membuat keputusan untuk berhenti kerja sahaja. Dengan wang pampasan yang diperolehnya, dia bercadang melakukan sesuatu pekerjaan yang bersesuaian dengan kekurangannya kelak.

Dalam pada itu, dia berusaha untuk memulihkan pendengarannya. Dengan bantuan seorang sahabatnya, dia diperkenalkan dengan seorang pakar ENT. Amran disarankan untuk menjalani pembedahan. Dia bersetuju dan selepas melakukan pembedahan telinganya pulih.

Merayu meminta bantuan

Namun tanpa disangka, Amran berhadapan dengan kesulitan yang lain. Malam-malamnya mula terganggu bila dia asyik terdengar suara bisikan. Awalnya dia menyangka ia kesan daripada pembedahannya tapi menurut doktor yang kelazimannya tiada sebarang gangguan kepada deria pendengaran selepas pembedahan berjaya dilakukan.

Selama lima bulan gangguan masih berterusan, malah semakin kerap menggangunya. adakalanya da terdengar suara halus wanita berbisik merayu meminta bantuannya. Makin membuatkan dia tertekan




0 00000 comments:

 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah