Kalau bersabar confirm kerja siap..!


Hello there... 
hari ni penat curi tulang jalan-jalan kat belog orang...
seriously aku jelous kut tengok 
belog orang lawa-lawa...

Sya pernah gak minta edit kat orang tapi x tahan lame...
esok-esok dah tuka pi design laen...
ni r kalau x bersesuaian dengan cita rasa
ade jee x kena... Ngaku jee laa kau tu cerewet Julia ooiii... xoxo
well, I kan anak manja 
tu laa pasai kenapa xreti nak berpuas hati....
berlagak sehh...

Okay fine...
Tadi baru jee siapkan Header... dah pakai dah pon...
penat giloss nak edit...
sya name jee student IT tapi hemphh...
FAIL!! 

Tengokk.... nampak?


sya tau x lawa....
tapi ni sya yang buad... so x lawa pun ade aku kesah??

Okbai...

p/s belog pun dah berterabur semula... esok jelaa kemas balik... nak tidoq, esok keje pagi... kang lewat memang naya laa... ehehe... btw header ni kene centerkan.... kalau korang pun nak centerkan jugak SINI 

Terimass...!



Perangai lama dah kembali...


Hello korang... tido dah?? 
oo belum eyhh? tape-tape.... kalau belum tido tuu
jom ahh baca entri Issabelle same....
xpe laa kalau x sudi.... sob sob :( 

mengada-ngada betoii kau yee Julia...
hahah... 

Hari ni aku kerja petang kut.... so semalam tu ade jee orang tu kata nak tido
tapi last-last xtdo gakk... benggang laa kann... 
dah tuu sebok menggangu ketenteraman aku yang tengah blogging... 
yelaa sangat tu kan..?

back to main topic... cehh ayat, 
semalam tu busy decorate a.k.a ushar belog orang...
HAHA.. aku tengok banyak jee yang lawa
nak juga cantik cmtu ye dakk? hehe

edit pun edit... last-last kul 6 a.m mata aku ni dah xley tahan....
dah memberontak nak tdow.. 
sikit lagi aku nak letak kayu ala mr.bean tuu
hahah... tapi kayu xde plakk... kahhkahh....

klik untuk lebih jelas

tengok..? nampakk? xke nti orang cop oghang gilo tuu?
hahah....
tu dia kalau perangai on9 tengah malam dah datang...
xtido pun tape kan?? 
esokk2 kne mgrain nanges-nanges cam dak kecikk... 

OKbai


apa kata anda wahai kaki-kaki online?


With Love: Julia Justine

Bisikan Wanita ganggu hidup Amran


Hello bloggers... 
sihat x hari ni?... hope korang sihat laa oky,..
dah lama x update pasal cerita-cerita seram ni kan...
xde modal jee sebenaq nye.. hewhew...
jom kita sama-sama baca entri kali ni... 



Asalnya Amran pemuda yang sihat walafiat, langsung tiada masalah dengan kesihatannya. Namun takdir Tuhan tiada yang dapat menduga, dia mengalami kemalangan yang mengakibatkan kecederaan teruk. Salah satu yang terjejas adalah pendengarannya.

Pada mulanya dia tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Namun apabila ditegur oleh ibunya  mengenai tindakannya yang sering kali mengabaikan panggilan ahli keluarga, Amran mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan pakar.

Melalui ujian pendengaran yang dilakukan, Amran disahkan mengalami masalah pendengaran. Mengetahui keputusan tersebut, Amran berasa kecewa. Walaupun begitu dia menerima ketentuan takdir. Kehidupannya mula berubah. Dunianya semakin sepi. Tiada lagi kicau burung yang dapat didengari, apatah lagi hiruk pikuk kota saban pagi.

Akibat kecacatan yang dialami, Amran diberi kata dua oleh majikannya. Dia disarankan meletakkan jawatan dan dia diberikan pampasan ataupun diserapkan pada bidang tugas berlainan yang sudah tentunya jauh daripaada kebolehannya.

Amran membuat keputusan untuk berhenti kerja sahaja. Dengan wang pampasan yang diperolehnya, dia bercadang melakukan sesuatu pekerjaan yang bersesuaian dengan kekurangannya kelak.

Dalam pada itu, dia berusaha untuk memulihkan pendengarannya. Dengan bantuan seorang sahabatnya, dia diperkenalkan dengan seorang pakar ENT. Amran disarankan untuk menjalani pembedahan. Dia bersetuju dan selepas melakukan pembedahan telinganya pulih.

Merayu meminta bantuan

Namun tanpa disangka, Amran berhadapan dengan kesulitan yang lain. Malam-malamnya mula terganggu bila dia asyik terdengar suara bisikan. Awalnya dia menyangka ia kesan daripada pembedahannya tapi menurut doktor yang kelazimannya tiada sebarang gangguan kepada deria pendengaran selepas pembedahan berjaya dilakukan.

Selama lima bulan gangguan masih berterusan, malah semakin kerap menggangunya. adakalanya da terdengar suara halus wanita berbisik merayu meminta bantuannya. Makin membuatkan dia tertekan




 
Copyright 2012 © Reserved to Issabelle San Design By Cik Nurfarah